Syarikat Jepun Cipta Rumah Kalis Banjir, Lebih Selamat Ketika Bencana

Masalah banjir bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, malah kerugian dan juga kehilangan banyak nyawa.

.

Bagi mengurangkan risiko ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Jepun telah memperkenalkan satu konsep rumah yang boleh terapung pada lokasinya dan kalis banjir.

syarikat jepun cipta rumah kalis banjir, lebih selamat ketika bencana

Syarikat Ichijo Komuten mendapat ilham ini selepas melihat banyak rumah yang terjejas disebabkan banjir hanyut dibawa arus deras. Malah, rumah-rumah ini juga tenggelam dalam air kotor, menyebabkan pemilik kerugian besar.

.

Dalam satu rakaman TV, syarikat itu menunjukkan demostrasi bagaimana rumah itu mampu menahan situasi ketika banjir. Tiang yang dipasang pada bucu rumah mampu menahannya daripada hanyut dan hanya terapung pada lokasi asalnya.

Tambah lagi, sistem pembentungan dan paip pada rumah ini diubahsuai supaya ia dapat mengalir pada satu arah sahaja. Bermaksud jika dalam keadaan banjir, air kumbahan tidak masuk semula ke dalam rumah melalui tandas atau paip pembentungan, lalu dapat menyelamatkan bahagian dalam rumah.

syarikat jepun cipta rumah kalis banjir, lebih selamat ketika bencana

syarikat jepun cipta rumah kalis banjir, lebih selamat ketika bencana

Bahagian pintu dan tingkap pula dipasangkan dengan kaca khas yang mempunyai penyambungnya tersendiri dan dengan itu air banjir daripada luar tidak mudah untuk masuk ke dalam rumah, menjadikan keseluruhan rumah ini kalis banjir.

Setiap rumah yang diubahsuai dengan konsep ini mempunyai kos sehingga 770,000 yen, atau kira-kira RM24,878. Ia boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan dan ganti rugi yang perlu dibuat sekiranya terjejas akibat banjir.

syarikat jepun cipta rumah kalis banjir, lebih selamat ketika bencana

Sumber: [1]