Seram! Kelibat ‘Wanita’ Tanpa Wajah Terakam Dalam Gambar Pendakian

Satu kelibat susuk tubuh seorang wanita tanpa wajah telah berjaya terakam dalam sekeping foto pendakian disebuah kawasan pergunungan.

seram! kelibat ‘wanita’ tanpa wajah terakam dalam gambar pendakian

Foto yang tular menerusi laman sosial Reddit jelas menunjukkan foto seorang lelaki dengan berlatar belakangkan puncak Dundas, Ontario dekat Kanada, dengan satu susuk lembaga pada latar belakang foto tersebut.

 

‘’Jauh di pinggir denai, di kawasan cerun yang terlalu curam untuk berdiri, terlihat seorang wanita kurus berdiri tegak tanpa wajahnya kelihatan,’’ tulis pengguna Reddit yang menggunakan nama samaran SliceUpBeef.

 

Menurutnya lagi, adalah sangat mustahil untuk mana-mana pendaki melalui tebing yang curam itu bagi berada ditempat berkenaan.

seram! kelibat ‘wanita’ tanpa wajah terakam dalam gambar pendakian

Pengguna lain yang melihat foto tersebut turut memaklumkan pihak berkuasa memaklumkan mengenai peningkatan kes kehilangan pendaki di puncak tersebut dan kebanyakkan mereka tidak pernah ditemui semula.

 

SliceUpBeef kemudiannya kembali ke lokasi kejadian bagi melihat semula kemungkinan untuk beliau merakamkan susuk itu sekali lagi, namun gagal.

 

Pada pendapat anda, apa agaknya susuk itu ya?

 

Sumber: [1]