Lepas Berhenti Kejap Buang Air, Suami Tak Sedar Tertinggal Isteri 150 kilometer

Seorang lelaki yang juga suami secara tidak sengaja meninggalkan isterinya di tengah perjalanan semasa mereka sedang berhenti bagi membuang air.

lepas berhenti kejap buang air, suami tak sedar tertinggal isteri 150 kilometer

Kejadian berlaku di Thailand selepas Boontom Chaimoon, 55, dan isterinya Amnuay Chaimoon, 49, dalam perjalanan untuk ke kampung halaman mereka di wilayah Maha Sarakham.

 

Ketika kejadian, si suami berasa mahu membuang air kecil sebelum menghentikan kenderaannya di tepi jalan pada jam 3 pagi.

 

Tanpa disedari si suami, si isteri turut melangkah keluar dari kenderaan dan membuang air kecil juga di tepi hutan. Namun si suami yang kembali ke kenderaannya tidak sedar bahawa isterinya itu telah keluar dari kereta itu sebelum kemudiannya meneruskan pemanduan.

 

Sejurus kemudian, Amnuay mendapati kereta suaminya tidak lagi berada disitu sebelum dia sedar dirinya telah ditinggalkan di tepi jalan tersebut. Lebih parah, beliau tidak membawa bersama telefon bimbit kerana ia ditinggalkan dalam begnya yang berada dalam kenderaan.

 

Wanita itu sangat keliru dan takut sebelum memutuskan untuk berjalan sejauh 20 kilometer ke daerah Kabin Buri. Beliau kemudian menghubungi polis tempatan dan meminta untuk menelefon suaminya.

 

Ketika itu, si suami baru sedar apa yang berlaku selepas 150 kilometer beliau memandu. Beliau kemudian pantas berpatah balik untuk mengambil isterinya itu.

 

Sumber: Kosmo!