Suami Takut Bini Sanggup Upah Tukang Baiki Biar Telefon Rosak

Biasanya kita akan menghantar telefon bimbit kepada tukang baiki untuk memastikan ia kembali berfungsi dengan baik.

 

Namun lain pula kisahnya apabila lelaki ini sanggup mengupah tukang baiki agar telefon bimbitnya itu rosak dan tidak dapat digunakan kembali.

 

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia selepas klip video tular menunjukkan situasi seorang tukang baiki telefon bimbit yang keliru kerana menerima sekeping nota daripada pelanggannya.

suami takut bini sanggup upah tukang baiki biar telefon rosak

Dalam nota tersebut, pemilik telefon bimbit itu meminta agar tukang baiki tidak membaiki peranti itu dengan sempurna keran mahu mengelakkan rahsianya diketahui si isteri.

 

Selain nota, tukang baiki ini turut menerima beberapa keping wang sebanyak 150,000 rupiah (kira-kira RM45) pada bahagian dalam peranti tersebut sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta.

 

“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu.

 

Hantaran itu nyata mencuri perhatian ramai khususnya warganet yang memberikan pelbagai komen.

 

Sumber: Kosmo!