Seorang lelaki meluahkan rasa bangga kerana hanya perlu duduk sahaja di rumah kerana tiga isterinya keluar bekerja.
Nick Davis dari Amerika Syarikat menggelarkan dirinya ‘suami mithali’ kerana hanya perlu duduk di rumah disamping dua anak, sementara tiga isterinya iaitu April, Danielle dan Jennifer keluar bekerja.
Nick bertemu isteri pertamanya ketika mereka belajar di universiti kira-kira 15 tahun lalu, sebelum mereka menerima Jennifer sebagai isteri kedua sembilan tahun kemudian. Ketika itu Jennifer baru sahaja berusia 19 tahun.
Tidak lama selepas itu, keluarga ini muncul dalam program realiti TV “Seeking Sister Wife” dan menyambut Danielle sebagai isteri baharu Nick.
Menurut Nick, beliau berasa bagaikan sedang bermimpi ketika mengahwini Danielle sebagai isteri ketiga.
“Memiliki tiga isteri dengan mengetahui bahawa kami mengukuhkan penyatuan ini dan menjalani kehidupan ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Saya bagaikan hidup dalam mimpi yang menjadi kenyataan,” katanya.
Sumber: Kosmo!