Isteri Curang Dengan Lelaki Lain, Suami Balas Dendam Kahwini Isteri Lelaki Tu Pula

Seorang suami bertindak membalas dendam mengahwini isteri kepada seorang lelaki yang telah merampas isterinya daripadanya.

isteri curang dengan lelaki lain, suami balas dendam kahwini isteri lelaki tu pula

Kejadian berlaku di India apabila Neeraj mendapat isterinya, Rubi Devi ada hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Mukesh.

 

Neeraj kemudian meminta Rubi memutuskan hubungan dengan lelaki itu, tetapi permintaan Neeraj langsung tidak diendahkan.

 

Rubi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Mukesh dan tidak lama selepas itu, mereka pun berkahwin.

 

Neeraj nyata berasa kecewa dengan apa yang berlaku dan meminta pandangan orang tuanya di kampung sebelum mereka sekeluarga mengadakan satu pertemuan khas bagi mencari jalan penyelesaian. Malah bekas isteri dan suami baharunya itu dijemput untuk berbincang, tetapi keduanya enggan memberi kerjasama.

 

Buntu dengan jalan penyelesaian yang tiada titik noktah, Neeraj mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isteri kepada lelaki yang merampas isterinya. Kebetulan pula nama isteri lelaki yang merampas isterinya juga adalah Rubi.

 

Neeraj dan Rubi (isteri baharu) telah selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu, sebelum kisah pelik mereka ini menjadi bualan hangat di media sosial.

 

India Today melaporkan isteri Neeraj dan Mukesh mula berhubung melalui telefon selepas kejadian itu dan masing-masing menangis.

 

Sebelum ini Neeraj membuat laporan polis terhadap Mukesh yang didakwa telah menculik isterinya. Sehingga kini Mukesh masih menjadi individu dikehendaki polis.

 

Sumber: Oddity Central