Seorang lelaki yang juga suami meluahkan rasa jijik apabila pertama kali mendengar isterinya kentut dan juga sendawa, selepas sembilan tahun mereka berkahwin.
Perkara itu diluahkan wanita berkenaan yang berasa kecewa apabila suaminya memanggil dirinya dengan gelaran yang menjijikkan apabila dia kentut dan juga sendawa dihadapannya.
Menurut suaminya, perbuatan itu dianggap tidak sopan, meskipun dihadapan suaminya sendiri.
“Selepas mendengar tanggapannya terhadap topik itu (sendawa dan kentut), saya akan pastikan saya hanya membuang angin di bilik mandi dan tandas sehingga dia tidak mendengarnya,” tulis wanita di laman Kidspot.
Pada satu malam, wanita itu katanya secara tidak sengaja terkentut ketika sedang berbaring di sebelah suaminya atas katil.
“Kentut adalah perkara yang paling tidak sopan boleh dilakukan oleh seorang wanita terutamanya di hadapan suaminya,” kata lelaki itu ketika kejadian.
Ekoran dari kejadian itu, wanita itu kemudian meminta maaf kepada suaminya keesokkan hari namun tidak berjaya.
Akibat tidak tahan, wanita itu mendapatkan nasihat dari rakannya dan kemudian rakannya itu memarahi lelaki tersebut. Kata rakannya, kentut dan sendawa adalah antara fungsi badan semula jadi manusia dan jika seseorang menahan kentut atau sendawa ia boleh menyebabkan penyakit.
Sumber: Kosmo!