Lelaki Report Polis Sebab Stress Jiran Suka Buang Angin Dengan Kuat

Seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung jirannya yang kerap kentut dengan kuat hingga mengganggu ketenteraman hidupnya.

lelaki report polis sebab stress jiran suka buang angin dengan kuat

Kejadian berlaku di United Kingdom selepas Simon Joynson mendakwa bahawa dia terganggu selama berbulan-bulan kerana jirannya, Edward Riley, sering melakukan kelakuan buruk termasuk kentut dengan kuat dan mengeluarkan kata-kata kesat.

 

"Saya hidup dalam ketakutan berterusan.

"Riley sentiasa melarikan diri dengan kelakuan buruknya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya tidak boleh terus hidup begini. Semuanya terlampau dan mengganggu kesihatan mental saya," katanya dalam kenyataan.

 

Kedua-dua lelaki tinggal bersebelahan dan berkongsi dinding sama di Cheadle, Greater Manchester sejak daripada Jun 2021.

 

Pendakwa raya, Hannah Nicholls berkata bahawa Riley mengugut Joynson beberapa kali dengan kata-kata kesat dan sering mengeluarkan bunyi bising termasuk memainkan muzik dengan kuat, meskipun pernah ditegur untuk tidak melakukannya.

 

Mahkamah akhirnya memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 24 minggu terhadap Riley yang ditangguhkan selama 12 bulan. Dia juga diarahkan melengkapkan 15 hari aktiviti pemulihan dan membayar kos mahkamah dan surcaj kepada mangsa.

 

Sumber: The Mirror