Streamer terkenal Taiwan baru-baru ini mencetuskan kontroversi di media sosial Asia, setelah memperoleh sekitar $3,000 (kira-kira RM12,165.00) dengan hanya menayangkan video dirinya tidur selama lima jam kepada ribuan peminatnya.
Wang Yiming, bekas anggota kumpulan pop China-Malaysia AMOi-AMOi, menyertai Twitch akhir tahun lalu sejurus selepas kumpulan muziknya bubar. Sejak dari itu, beliau menjadi antara streamer Twitch paling popular di Taiwan.
Kebiasaannya, Yiming bermain permainan video dan bersembang dengan peminatnya secara langsung, tetapi baru-baru ini beliau memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru, iaitu hanya tidur ketika sedang stream live.
Selama itu juga, beliau berjaya menarik puluhan ribu penonton, dengan jumlah terbanyak 11,200 orang penonton serentak.
Apa yang Yiming lakukan semasa stream itu, beliau memakai topeng mata dan tidur, dan beliau berjaya menjana pendapatan sekitar USD 3,000 dari penonton, itu belum ditambah lagi dengan hasil iklan mengikut jumlah orang yang mengikuti.
Kelihatan penonton pada video berkenaan memberikan komen tentang kedudukan tidurnya, sama ada mulutnya terbuka atau tidak, dan lain-lain lagi.
Sebaik sahaja bekas penyanyi itu bangun, dia terkejut melihat beribu-ribu orang telah menontonnya tidurnya selama 5 jam.
Menariknya, bersiaran langsung semasa tidur telah menjadi trend di aplikasi Twitch dan platform streaming lain. Selama dua tahun kebelakangan ini, ramai yang melakukan cara itu untuk menarik perhatian penonton, termasuklah dengan duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa sambil memerhatikan pada kamera.
Sumber:
Oddity Central