Tak Masuk Akal, Bilik Dengan Tingkap Sebesar Tapak Tangan Ini Disewa Pada RM634 Sebulan

Masa kini, ramai yang lebih selesa memilih untuk menyewa rumah atau bilik, berbanding daripada membeli sendiri.

 

Mungkin atas faktor kewangan atau bagi tujuan sementara yang menyebabkan ramai memilih untuk menyewa, walaupun harga sewa yang dikenakan tidak masuk akal.

 

Begitu juga yang berlaku di China apabila sebuah ruangan bilik kecil dengan tingkap sebesar telapak tangan disewakan pada harga 1,000 Yuan (kira-kira RM634).

tak masuk akal, bilik dengan tingkap sebesar tapak tangan ini disewa pada rm634 sebulan

Bilik yang dipercayai pada bahagian loteng sebuah rumah dua tingkat itu mempunyai saiz lapan meter persegi, terletak di Kawasan Baru Pudong dekat Shanghai, China.

tak masuk akal, bilik dengan tingkap sebesar tapak tangan ini disewa pada rm634 sebulan

Meskipun ia mempunyai tingkap sebesar telapak tangan, tingkap itu boleh ditutup atau dibuka mengikut kepada keselesaan penghuninya.

Bagaimanapun keadaan bilik itu mendapat kritikan warganet kerana ia tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik, selain membahayakan penghuni jika berlakunya kecemasan.

 

Terdahulu, salah seorang penyelidik hartanah bebas terbesar di China menyatakan purata harga hartanah kediaman di Shanghai telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua tahun lalu. Namun, harga purata semasa untuk kediaman baharu dan jualan semula masih mengatasi purata gaji bulanan di bandar.

 

Sumber: SCMP