Setahun Saintis Ini Pakai Topi Kepala Burung Untuk Berkawan Dengan Burung

Seorang saintis dari Jepun yang mempelajari pelbagai bahasa burung, telah memakai topi gergasi berkepala burung selama setahun bagi tujuan untuk lebih memahami dan juga berkawan dengan mereka.

 

Toshitaka Suzuki, profesor dari Universiti Tokyo, telah berkongsi foto dirinya memakai topi kepala burung gergasi itu menerusi laman sosial X.

setahun saintis ini pakai topi kepala burung untuk berkawan dengan burung

Foto yang diambil beliau dalam hutan dekat Nagano Prefecture itu adalah sebahagian daripada kajian selama setahun yang dilakukannya untuk mendalami sikap dan sifat spesis burung.

 

Menurut ahli ornitologis dan juga pakar burung, haiwan berkenaan mempunyai kebolehan mengingat wajah manusia dan tidak mempamerkan sifat sebenar burung jika terlihat individu yang dikenali. Disebabkan itu, Toshitaka terpaksa menutup wajahnya dengan topi gergasi itu bagi membolehkan dia mendalami sifat sebenar seekor burung.

 

 

Selama setahun Toshitaka menggunakan kaedah itu, namun hasil kajian yang diperolehnya gagal. Ini adalah kerana, setiap kali dia cuba menghampiri dengan topeng kepala burung, spesis burung yang dikajinya itu akan berhenti mengeluarkan isyarat kepada kawanannya yang lain.

setahun saintis ini pakai topi kepala burung untuk berkawan dengan burung

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan penemuan kajian yang dibuat dan berharap dapat menggunakan kaedah lain untuk cuba berkawan dengan burung-burung terbabit.

 

Sumber: Oddity Central