Video Semut Bawa Lari Rantai Emas Tarik Perhatian Ramai

Kehadiran semut di rumah pasti membuatkan kita hilang sabar apabila ia mengerumuni makanan atau minuman, meskipun ia sudah di simpan ditempat yang selamat.

 

Namun siapa sangka, semut-semut zaman sekarang bukan sahaja mensasarkan makanan atau minuman, malah barangan kemas juga.

video semut bawa lari rantai emas tarik perhatian ramai

Itu yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok @nayanaya51430 yang sempat merakamkan aksi semut-semut di rumahnya yang cuba melarikan rantai kemas miliknya.

video semut bawa lari rantai emas tarik perhatian ramai

Apa yang menghiburkan adalah pemilik itu juga keliru dan hairan bagaimana semut tersebut boleh mengangkut rantai berkenaan.

 

"Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu nak bawa rantai saya tu," tulisnya pada video tersebut.

video semut bawa lari rantai emas tarik perhatian ramai

Video berkenaan sehingga kini mendapat lebih daripada 2 juta tontonan, telah menarik perhatian ramai pengguna Tiktok yang seakan tidak percaya semut mampu membawa lari barangan kemas di rumah.

 

@nayakanaya51430

ngakak sore😁😁😁😁

♬ Anjahahhaha - One Voice

 

Sumber: [1]