Design Jean Seakan Terkecing Dalam Seluar Dijual RM300

Ada banyak rekaan fesyen yang dijual di pasaran. Yang membezakan rekaan itu adalah sama ada ia biasa, unik ataupun pelik.

.

Terbaru, satu jenama fesyen di London iaitu Wet Pants Denim telah memperkenalkan rekaan seluar jeans yang mempunyai kesan seakan-akan terkencing dalam seluar.

design jean seakan terkecing dalam seluar dijual rm300

Seluar jean itu dijual pada harga £50 (RM293), sebenarnya dicelup dengan dua tona warna berbeza, memberi kesan khas seakan-akan basah pada bahagian kelangkang.

.

Menurut Wet Pants Denim, rekaan itu dikeluarkan bagi memberikan rasa luarbiasa kepada pemakai, dan mereka percaya ia akan menjadi trend yang menjadi ikutan ramai di pasaran tidak lama lagi.

“Dengan memakai seluar jean ini, artis, selebriti media sosial dan sesiapa sahaja boleh bergaya biarpun seluar mereka mempunyai kesan basah seperti terkencing.

“Kami mengetengahkan gaya tersebut agar pemakainya berasa yakin memakai seluar yang kononnya basah terutama di bahagian kelangkang mereka,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman web mereka.

design jean seakan terkecing dalam seluar dijual rm300

Seluar jeans itu akan direka mengikut kepada tempahan individu serta warnanya akan dicelup menggunakan tangan bagi memastikan setiap rekaan seluar itu adalah berbeza dan unik.

.

Sumber: The Sun