Mereka yang mempunyai urusan di bank atau mana-mana kaunter umumnya perlu mengambil nombor giliran dan perlu menunggu giliran masing-masing dipanggil. Biasanya kita akan diberikan kertas yang memaparkan nombor giliran kita.
.
Namun berbeza dengan urusan sebuah bank di Indonesia ini apabila mereka menggunakan selipar dan topi keledar sebagai penanda giliran masing-masing.
Menerusi video yang tular, cara itu dikatakan berkesan dan menjimatkan tenaga kerana tidak perlu berdiri dan beratur dalam barisan untuk tempoh masa lama.
.
“Ketika menunggu giliran untuk mendapatkan nombor di bank. Supaya tidak bergaduh, ini cara berkesan dan menjimatkan tenaga,” demikian kapsyen pada video berkenaan.
.
Menerusi video yang tular itu dilihat sebilangan pelanggan sedang beratur di hadapan sebuah bank, namun satu barisan lain kelihatan berbeza daripada apa yang kita biasa lihat.
.
Ini adalah kerana bukan manusia yang beratur sebaliknya selipar dan topi keledar milik pelanggan bank berkenaan. Pemilik barangan itu pula dilihat sedang santai berehat berhampiran barisan itu ketika menunggu giliran mereka.
.
Video tular itu mendapat perhatian ramai warganet yang turut memuji usaha dan cadangan dibuat kerana ia sangat kreatif.
.
Sumber: [1]