Selalu Sakit Dada, Lelaki Tak Sangka Ada Pisau 4 Inci Dalam Badan

Seorang lelaki Filipina yang sering mengalami sakit pada dada khasnya ketika cuaca sejuk, tidak menyangka menemui sebilah pisau sepanjang empat inci yang tersangkut pada dadanya selepas melakukan imbasan X-ray.

selalu sakit dada, lelaki tak sangka ada pisau 4 inci dalam badan

Kent Ryan Tomao, 25, bingung ketika doktor memberitahunya bahawa terdapat "objek menyerupai pisau" yang tersangkut di dadanya, sangat dekat dengan salah satu paru-parunya selepas ujian X-ray.

 

Ryan yang bekerja di lombong dekat Agusan del Sur tidak pernah membayangkan ada objek berkenaan dalam badannya yang membuatkannya sering sakit pada dada.

selalu sakit dada, lelaki tak sangka ada pisau 4 inci dalam badan

"Saya selalu tertanya-tanya mengapa saya merasakan sakit di dada ketika cuaca sejuk. Tetapi saya tidak sangka rupanya ada pisau dalam dada saya,” kata Ryan kepada sebuah stesen radio tempatan.

 

Ketika ditanya apakah dia tahu bagaimana pisau itu boleh berada dalam dada, beliau memberitahu doktor bahawa dia telah menjadi mangsa tikaman sejak setahun yang lalu. Suatu hari ketika sedang menunggang motosikal, dia diserang dan ditikam oleh sekumpulan pemuda. Tidak banyak yang dia ingat tentang kejadian itu, kecuali ketika dia hampir tidak bernyawa ketika dibawa ke hospital, namun akhirnya doktor berjaya menyelamatkannya.

 

Ketika itu beliau menganggap bahawa doktor sudahpun melakukan semua ujian yang diperlukan sebelum beliau dibenarkan keluar dari hospital, dan dia pasti tidak pernah membayangkan mereka meninggalkan pisau dalam dadanya.

 

Walaupun terkejut dengan penemuan pisau itu, beliau tidak mempunyai rancangan untuk mengenakan saman kepada doktor yang pernah merawatnya dahulu. Apa yang dia mahukan sekarang adalah mengeluarkan pisau dari dalam dadanya itu agar dia dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa.

 

 

Sumber: Oddity Central