Sekolah Menengah K-Pop Bakal Dibuka Pada Mac 2028

Sebuah sekolah menengah yang khusus untuk mengajar mengenai K-pop akan dibuka di Busan, pada Mac 2028.

sekolah menengah k-pop bakal dibuka pada mac 2028

Menurut laporan yang memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan, sebuah sekolah menengah yang bakal ditutup di bandar itu tidak lama lagi akan diubahsuai menjadi sekolah menengah awam khusus untuk mendidik mengenai persembahan berkaitan K-pop.

 

Menjadi sekolah yang pertama seumpamanya di Seoul, ia dibuka kepada pelajar seluruh negara dan akan mempelajari mengenai vokal, tarian, instrumen serta kesenian lain.

sekolah menengah k-pop bakal dibuka pada mac 2028

Untuk info, agensi hiburan utama yang mengendalikan sistem latihan idola K-pop di Korea Selatan, cukup terkenal dengan kem latihan dan proses sistematik yang ketat, untuk melatih artis-artis baharu dari negara itu.

 

Sumber: Astro AWANI