Beberapa Sekolah Larang Pakaian Seragam Tidak Berjenama

Beberapa sekolah di Britain kini mula mengharamkan pakaian seragam tidak berjenama, sekaligus menyebabkan ibu dan bapa bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

beberapa sekolah larang pakaian seragam tidak berjenama

Ia selepas beberapa sekolah di negara itu mewajibkan pakaian seragam berjenama dan mengharamkan pakaian yang tidak berjenama.

 

Disebabkan itu juga ramai ibu dan bapa yang terpaksa meminta bantuan daripada badan amal pakaian sekolah.

 

Seorang ibu kepada pelajar di sebuah sekolah menengah juga telah membuat petisyen supaya membenarkan pakaian seragam sekolah daripada pasar raya.

beberapa sekolah larang pakaian seragam tidak berjenama

“Mana lebih penting antara kanak-kanak dapat bersekolah dan mendapat pendidikan berbanding pemakaian seragam yang mahal?

“Tindakan itu adalah seperti di sekolah swasta,” katanya kepada akhbar tersebut.

 

Terdahulu, Jabatan Pendidikan telah mengarahkan pihak sekolah untuk mengehadkan bilangan barangan berjenama bagi membantu menguruskan kos. Ia susulan tinjauan mendapati ibu bapa membelanjakan purata £337 (RM1,818) secara purata untuk seorang anak di sekolah menengah dan £315 (RM1,699) untuk anak di sekolah rendah.

 

Sumber: Kosmo!