Pengetua Dikecam Cadang Peraturan Pelajar Wajib Senyum

Ibu bapa pelajar sebuah sekolah di Britain mengecam pihak sekolah gara-gara melaksanakan pelbagai peraturan baru yang tidak masuk akal.

pengetua dikecam cadang peraturan pelajar wajib senyum

Antaranya adalah pelajar perlu sentiasa senyum dan meminta kebenaran untuk mengutip pen yang terjatuh.

 

Menurut laporan dari The Sun, sekolah yang disifatkan sebagai ‘kem penjara’ itu diketuai oleh pengetua baharu Kolej John Ferneley di Leicestershire, Natalie Teece bermula September ini.

pengetua dikecam cadang peraturan pelajar wajib senyum

Selain itu, peraturan lain yang digariskan adalah pelajar perlu memberi respons kepada arahan menggunakan wisel yang diberikan guru dan juga dilarang menggunakan tandas ketika sesi pembelajaran.

 

Tambah lagi, pelajar juga perlu duduk menegak dalam bilik darjah, memanggil guru dengan panggilan ‘Tuan’ atau ‘Cik’, mengucapkan terima kasih cikgu kerana mengajar, berjalan dalam kumpulan tidak lebih dua orang, tidak dibenarkan melihat ke luar bilik darjah ketika dalam kelas, dan banyak lagi.

 

Tindakan pengetua baharu yang mencadangkan peraturan-peraturan itu nyata membuatkan ramai ibu dan bapa tidak berpuas hati dan marah di media sosial.

 

“Ini amat mengarut. Saya bersetuju dengan beberapa perkara seperti memberikan penghormatan, namun peraturan lain seolah-olah peraturan di penjara.

“Pihak sekolah perlu ingat bahawa kita masih dalam fasa pandemik dan dunia dalam keadaan kucar-kacir.

“Ramai kanak-kanak mengalami tekanan mental sekarang dan peraturan sedemikian akan memberi tekanan kepada mereka,” tulis seorang bapa di Facebook.

 

Pengetua itu bagaimanapun turut menerima sokongan daripada sebilangan ibu bapa yang menyifatkan ia bagus untuk mendisiplinkan para pelajar dan meningkatkan pencapaian cemerlang sekolah.

 

Sumber: The Sun