Sejak beberapa hari ini, orang ramai dilihat masih bercakap-cakap mengenai konsert kumpulan rock popular dari Britain, iaitu Coldplay.
Ketika ramai yang gagal membeli tiket bagi menyaksikan Coldplay di Malaysia, ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual tiket bagi menonton kumpulan ini dengan harga yang tidak masuk akal.
Baca: Hati-Hati, Dah Ada Orang Jual Semula Tiket Konsert Coldplay Pada Harga Tak Masuk Akal
Lain pula kisahnya dengan seorang pemuda di Indonesia bernama Danar ini.
Menurut laporan, Danar sanggup menjual barang berharganya termasuklah peti sejuk di rumah, demi membeli tiket menonton Coldplay di Jakarta pada 15 November depan.
Pemuda tersebut juga telah berjaya menjual barang-barang miliknya demi membeli tiket berharga 11 juta Rupiah (kira-kira RM3,338).
“Jual peti sejuk sampai jadi. Sebab mahu beli tiket Coldplay,” kata pemuda itu pada Isnin.
Tambah lagi, Danar juga pernah cuba untuk membuat pinjaman peribadi, tetapi gagal, hingga memaksa beliau menjual barangan seperti peti sejuk, telefon bimbit dan juga motosikal.
Sumber: Tribun News