Terlalu Rindukan Isteri, Lelaki Ini Sanggup Dayung Bot Dari Thailand ke India

Kerana rindukan isteri yang terpisah selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, seorang lelaki sanggup berkorban keselamatan diri mendayung bot getah dari Phuket, Thailand hingga ke India.

terlalu rindukan isteri, lelaki ini sanggup dayung bot dari thailand ke india

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui anggota marin Thailand pada 23 Mac lalu sekitar 80 kilometer dari pantai Andaman selepas beliau berada di tengah laut selama 18 hari.

.

Lelaki warga Vietnam yang dikenali dengan nama Ho Huang Hung nekad mendayung bot getah itu untuk ke India menyeberangi Laut Andaman dan Teluk Benggala dalam perjalanan sejauh 2,500 kilometer.

.

Beliau yang berada di lautan selama 18 hari telah mendayung sejauh 80 kilometer dari pantai Phuket dan dengan kadar itu dia dianggarkan akan tiba ke pantai India selama 625 hari.

.

Pegawai tentera laut di Kepulauan Similan telah menerima pesanan mesej dari seorang nelayan setelah melihat seorang lelaki berada di atas bot kuning biru, sebelum diselamatkan dan dibawa ke Taman Negara Kepulauan Similan.

.

Dikatakan, lelaki itu telah mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok pada 2 Mac lalu dengan harapan untuk mengambil penerbangan sambungan ke Mumbai, namun beliau tidak dibenarkan untuk memasuki India kerana tidak mempunyai visa.

.

Beliau kemudiannya menaiki bas ke Phuket dan mencari bot untuk memulakan perjalanan ke India melalui jalan laut pada awal bulan Mac lalu.

.

Sumber: [1]