Anak Kucing Kini Sebesar Budak Lima Tahun, Saiz Kucing Milik Wanita Ini Kejutkan Ramai

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan ramai di dunia. Mempunyai saiz yang kecil dan comel, kucing lebih mudah dibela dan diuruskan berbanding haiwan lain.

 

Namun siapa sangka, seekor anak kucing yang pada mulanya mempunyai saiz kecil seperti kucing lain, kini membesar dengan sihatnya bagaikan budak berusia lima tahun.

anak kucing kini sebesar budak lima tahun, saiz kucing milik wanita ini kejutkan ramai

Perkara itu terjadi kepada kucing milik Chastity Hobbs yang kini berusia sembilan bulan, namun saiz badanya sangat besar dan mirip budak berusia lima tahun.

anak kucing kini sebesar budak lima tahun, saiz kucing milik wanita ini kejutkan ramai

Kucing baka Maine Coon yang bernama Kusa ini tidak menunjukkan sebarang tanda mengecil, malah ia semakin hari semakin besar daripada kebiasaannya.

anak kucing kini sebesar budak lima tahun, saiz kucing milik wanita ini kejutkan ramai

Menurut pemiliknya, beliau membela Kusa pada Julai 2022 ketika usia Kusa satu bulan.

anak kucing kini sebesar budak lima tahun, saiz kucing milik wanita ini kejutkan ramai

Sejak dari itu, Kusa menjadi sangat besar dan beratnya juga bertambah.

 

 

Kebiasaannya, kucing berbaka Maine Coons akan terus membesar sehingga usianya empat atau lima tahun. Ini bermaksud, Kusa yang baru berusia sembilan bulan mempunyai banyak lagi masa untuk terus membesar dan membesar daripada saiznya sekarang ini.

anak kucing kini sebesar budak lima tahun, saiz kucing milik wanita ini kejutkan ramai

Saiz kucing ini yang sangat berbeza dengan kucing biasa telah membuatkan ramai berasa aneh dan terkejut. Dapat dilihat juga perbezaan saiz Kusa berbanding dengan dua ekor lagi kucing peliharaan Hobbs di rumahnya ini.

 

Sumber: Daily Star / IG @through.the.lleaves