Saintis Berjaya Jumpa Spongebob & Patrick Sebenar Duduk Bersebelahan Di Dasar Laut

Siapa sangka watak kartun popular, SpongeBob SquarePants, kini ditemui bersama atas seketul batu dalam dasar laut, sama seperti mereka dalam siri kartun berkenaan?

saintis berjaya jumpa spongebob & patrick sebenar duduk bersebelahan di dasar laut

Sekumpulan saintis marin di Amerika Syarikat telah menemui spesies span laut berwarna kuning dan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu, mirip watak SpongeBob dan rakan baiknya, Patrick Star atas seketul batu di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik, kira-kira 321 kilometer dari pantai New York.

 

Span kuning dari spesis span Hertwigia dan tapak sulaiman daripada spesies Chondraster itu ditemuo saintis ketika mereka sedang meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh (ROV).

 

“Kebiasaannya, saya mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” kata seorang saintis NOAA, Christopher Mah dalam satu ciapan di Twitter.

 

 

“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih diperbesar-besarkan berbanding keadaan spesies sebenar.

“Sebagai seorang ahli biologi yang mempunyai kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah salah,” ujarnya.

 

Penemuan itu telah mencuri perhatian ramai pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa teruja mereka melihatkan dua watak kartun kegemaran ramai itu dalam dunia nyata.

 

Sumber: Kosmo!