Saintis Cipta ‘SuperPisang’ Yang Boleh Selamatkan Jutaan Nyawa di Dunia

Buah pisang merupakan salah satu buah yang popular dan banyak dimakan serta diproses menjadi pelbagai produk di seluruh dunia. Buah ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan khasiat yang menjadikannya pilihan yang baik untuk dimakan.

 

Disebabkan khasiat yang ada pada buah pisang, sekumpulan saintis dari pelbagai negara nampaknya telah berjaya mencipta sejenis pisang istimewa yang dipanggil 'superpisang' melalui pengubahsuaian genetik.

saintis cipta ‘superpisang’ yang boleh selamatkan jutaan nyawa di dunia

Superpisang ini dilaporkan kaya dengan lebih banyak nutrein, terutamanya vitamin A yang penting untuk kesihatan yang baik.

 

Penyelidik-penyelidik dari sebuah makmal di sebuah negara Afrika, bersama-sama dengan ahli sains pertanian Australia, James Dale, dan yayasan Bill dan Melinda Gates, bekerjasama dalam projek yang diberi nama ‘Banana21’. Projek ini bertujuan untuk membangunkan pisang yang diubah suai genetik untuk membantu mengatasi masalah pemakanan yang buruk dengan menyediakan semua nutrien yang diperlukan.

saintis cipta ‘superpisang’ yang boleh selamatkan jutaan nyawa di dunia

Projek ‘Banana21’ telah bermula pada tahun 2005 dan mendapat pembiayaan yang penting, dengan sumbangan $11 juta dari Yayasan Bill dan Melinda Gates. Setelah 18 tahun usaha keras, termasuk banyak percubaan yang tidak berjaya, saintis akhirnya berjaya mencipta pisang yang boleh menyelamatkan nyawa serta boleh memberi manfaat kepada jutaan kanak-kanak. Walaupun sebelum ini terdapat kes pengubahsuaian genetik pada pokok pisang untuk menahan serangga, kulat, atau kekeringan, ini adalah kali pertama pisang telah diubah suai untuk berfungsi sebagai tambahan nutrisi kepada manusia.

saintis cipta ‘superpisang’ yang boleh selamatkan jutaan nyawa di dunia

National Geographic melaporkan bahawa superpisang ini sudah bersedia untuk penanaman. Namun, saintis masih menunggu kelulusan daripada kerajaan tempatan. Ini boleh menjadi cabaran besar kerana makanan yang diubah suai genetik menghadapi tentangan yang kuat di negara seperti Uganda, di mana penanaman seperti ini adalah dilarang pada masa kini.

 

Berbeza dengan negara-negara yang telah membangun dari segi ekonomi, mereka mampu mengatasi masalah kekurangan zat seperti vitamin A dengan menggunakan makanan tambahan vitamin kepada penduduknya.

 

Sumber: Oddity Central