Saintis Cipta Beras Merah Jambu, Boleh Makan Nasi Tanpa Lauk

Sekumpulan saintis di Korea Selatan dilapor telah mencipta sejenis beras berwarna merah jambu yang dikatakan mengandungi campuran protein daging dan juga sel lemak.

saintis cipta beras merah jambu, boleh makan nasi tanpa lauk

Penyelidik dari Universiti Yonsei memperkenalkan beras hibrid yangmempunyai lebih banyak protein dan tujuh peratus lebih lemak berbanding beras biasa.

 

Ia bermaksud, mereka yang memakan nasi daripada beras itu tidak lagi perlu menambah lauk pauk lain kerana bau aroma kacang dan kesedapan pada nasi tersebut sudah mencukupi.

saintis cipta beras merah jambu, boleh makan nasi tanpa lauk

“Bayangkan kita memperoleh semua nutrien diperlukan daripada beras protein.

“Beras biasa sudah mempunyai tahap nutrien tinggi, tetapi penambahan sel haiwan boleh meningkatkan lagi jumlah protein,” kata salah seorang penyelidik itu.

 

Penciptaan beras hibrid itu juga telah diterbitkan dalam jurnal saintifik, Matter.

saintis cipta beras merah jambu, boleh makan nasi tanpa lauk

Bagaimanapun menurut penyelidik, kandungan protein dalam beras hibrid tersebut masih lagi rendah dan memerlukan kajian selanjutnya sebelum ia dipasarkan kepada orang ramai.

 

Sumber: Oddity Central