Rumah Tiba-Tiba Penuh Ulat Rupanya Datang Dari Mayat Jiran Atas!

Siapa sangka ulat yang memenuhi ruang rumah seorang wanita ini rupanya datang daripada mayat jiran atas.

rumah tiba-tiba penuh ulat rupanya datang dari mayat jiran atas!

Video yang dikongsikan pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Liv, 21, berkata kejadian itu sudah dialaminya selama kira-kira enam hari sebelum beliau mengetahui ulat-ulat itu sebenarnya datang daripada mayat jirannya di tingkat atas yang sudah meninggal dunia.

rumah tiba-tiba penuh ulat rupanya datang dari mayat jiran atas!

Ujarnya, bilangan ulat yang memenuhi ruang rumahnya itu sekitar ratusan ekor.

 

Pada mulanya, Liv memikirkan ulat itu adalah daripada sebarang pepijat atau ulat di apartment mereka. Namun selepas mengadu kepada jiran tetangga, mereka mendapati ulat itu datang daripada salah satu rumah disitu.

 

@lon333lygirl Replying to @Just Jess i am autistic so this effected me more then it would a neurotypical. BUT- i think we can all agree would be traumatic for ANYONE. ##maggot##infestation##actuallyautistic##fyp##foryou ♬ Cartoon Eye Blinking Sound - Anna

 

Jiran-jiran segera ke rumah tersebut dan menekan loceng namun tiada jawapan diterima. Mereka turut terhidu bau busuk sebelum membuat laporan polis.

 

Polis menemui satu mayat yang sudah berulat dari dalam rumah tersebut. Akibat juga tidak tahan dengan bau busuk itu, Liv berkata beliau terpaksa berpindah ke apartment baharu.

 

Sumber: The Sun / Tiktok @lon333lygirl