Ekoran daripada kos sara hidup yang semakin meningkat di seluruh dunia, ramai yang tampil dengan pelbagai cara untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing.
.
Antaranya adalah dengan melakukan dua kerja dalam satu masa, membuat sewa bilik di rumah dan banyak lagi. Malah, seorang pekerja di Amerika Syarikat (AS) ini juga ada penyelesaiannya yang agak luar biasa.
Beliau dikatakan tidak mampu lagi untuk menyewa di apartment kerana berpendapatan rendah, lalu nekad untuk senyap-senyap berpindah ke pejabatnya.
.
Menerusi video di TikTok, lelaki yang dikenali dengan nama Simon berkongsi suasana ‘kediaman barunya’ di pejabat pada satu ruangan kubikel kecil.
"Lihatlah apartmen baru saya. Saya berpindah dari apartmen ke pejabat. Mereka tidak memberi gaji yang cukup. Jadi sebagai protes, saya hanya akan tinggal di tempat kerja saya. Kita lihat berapa lama saya boleh bertahan," katanya.
Video ‘house tour’ itu telah menjadi tular di media sosial mendapat sehingga puluhan juta tontonan. Namun begitu, beliau telah mendapat arahan dari pihak atasan untuk meninggalkan pejabat pada hari keempat beliau menginap disitu dan juga diarahkan untuk memadam video yang dimuatnaiknya di Tiktok. Malah, beliau juga tidak tahu akan masa depannya bersama syarikat itu selepas diberikan amaran dan tindakan tatatertib.
.
Sumber: [1]