Roti Dengan Kerak Tepi Warna Putih Dicipta Untuk Elak Pembaziran

Adakah anda penggemar roti dan sandwich?

roti dengan kerak tepi warna putih dicipta untuk elak pembaziran

Kebiasaannya, bahagian tepi roti buku berwarna coklat keperangan akan dipotong dan dibuang, menyebabkan berlakunya pembaziran. Ada juga yang tidak menggemari bahagian ini kerana rasanya yang berlainan.

 

Disebabkan itu, sebuah syarikat dari Jepun, Imperial Hotel Co. Ltd yang diketuai oleh Chef Sugimoto telah mencipta buku roti yang mempunyai kerak berwarna putih bertujuan supaya bahagian ini tidak lagi dibuang dan dapat mengelakkan pembaziran.

roti dengan kerak tepi warna putih dicipta untuk elak pembaziran

 

roti dengan kerak tepi warna putih dicipta untuk elak pembaziran

Sugimoto bagaimanapun tidak merahsiakan cara menghasilkan buku roti tanpa kerak itu kepada umum. Katanya, ia dihasilkan dengan membakar roti pada suhu yang lebih rendah berbanding cara penghasilan roti biasa. Disebabkan itu, ia mempunyai warna yang sekata pada semua bahagian, termasuklah pada bahagian kerak luar.

 

Roti dengan kerak putih itu dihidangkan kepada pelanggan di Imperial Hotel Jepun dan juga boleh dibeli di sebuah kedai roti mewah di Gargantua Delicatessen.

 

Sumber: OC