Remaja Terima RM7,560 Lepas Enam Tahun Tak Guna Media Sosial

Seorang remaja yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-18 telah diberikan ganjaran selepas berjaya menahan diri daripada menggunakan sebarang media sosial.

remaja terima rm7,560 lepas enam tahun tak guna media sosial

Menerusi cabaran itu, si ibu, Lorna Goldstrand Klefsaas dari negeri Minnesota menawarkan wang berjumlah AS$1,800 (RM7,560) kepada anaknya, Sivert Klefsaas jika dia mampu mengelak dari menggunakan media sosial, enam tahun yang lalu.

 

Ganjaran itu akan diberikan kepada remaja tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

 

Kini selepas enam tahun dan berjaya menyelesaikan cabaran dengan menjauhkan diri daripada media sosial, Sivert telah menerima ganjaran berkenaan pada hari lahirnya yang ke-18.

remaja terima rm7,560 lepas enam tahun tak guna media sosial

“Enam tahun lalu, saya tawarkan wang AS$1,800 (RM7,560) kepada Sivert untuk menjauhkan diri daripada media sosial sehingga dia berusia 18 tahun.

“Walaupun wang itu adalah banyak untuk kanak-kanak berusia 12 tahun tetapi tidak kepada remaja 18 tahun, namun dia tetap meneruskan perjanjian kami.

“Dia akan berusia 18 tahun esok. Dia akan mendapat wang berkenaan termasuk akaun baharu di aplikasi Instagram, Snapchat dan Twitter. Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah wang paling berguna pernah saya belanjakan,’’ tulis Lorna pada satu hantaran.

remaja terima rm7,560 lepas enam tahun tak guna media sosial

Menurut Lorna, beliau memulakan cabaran ini selepas terdengar mengenainya di radio. Malah, beliau melihat anak perempuannya terlalu obses dengan aplikasi Snapchat, hingga menjejaskan emosinya.

 

Adakah anda mampu menyahut cabaran ini juga?

 

Sumber: [1]