Siapa sangka seorang remaja berusia 15 tahun ini mampu makan burger ke dalam mulutnya dengan sekali masuk dan kini memegang rekod dunia bukaan mulut terbesar?
Issac Johnson dari Minnesota, Amerika Syarikat mampu membuka mulutnya sebesar 10.175 sentimeter dan mampu memuatkan tin minuman, sebiji epal besar, botol minuman dan juga bola baseball.
Menerusi rakaman yang tular di TikTok, dilihat remaja itu juga mampu memasukkan burger besar secara sekali gus ke dalam mulutnya.
Menurut Johnson, pencapaian itu menjadikan dirinya popular dan dikenali apabila berada di khalayak ramai.
Untuk rekod, bukaan mulut terbesar sebelum ini dimiliki Philip Angus dengan bukaan 9.52 cm.
Sumber: Hindustan Times