Tiba-Tiba Ratusan Burung Jatuh Dari Langit Di Sepanyol, Timbulkan Tanda Tanya

Sebanyak lebih 200 ekor burung dilaporkan jatuh dari langit di Ferrol, barat laut Sepanyol hingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

tiba-tiba ratusan burung jatung dari langit di sepanyol, timbulkan tanda tanya

Menurut laporan media tempatan, ratusan burung itu jatuh dari langit dan mati lalu melanggar kereta serta orang awam di perkarangan Hospital Juan Cardona.

 

Pada awalnya, kumpulan burung-burung itu dilihat keluar dari pokok di kawasan kecemasan hospital dan terbang beberapa meter sebelum terjunam ke jalan raya.

 

Ekoran daripada insiden ini, beberapa ekor burung telah diambil oleh agensi alam sekitar untuk dianalisis di makmal. Punca kejadian masih lagi disiasat.

 

Terdahulu, kejadian yang sama turut berlaku awal tahun ini di Tarragona apabila ratusan burung jatuh dari langit selepas terhidu bau bahan kimia toksik yang dikeluarkan oleh loji petrokimia di kawasan itu.

 

Sumber: [1]