Rasa Air Beza Dari Biasa, Rupanya Ada Sarang Lipas Dalam Bekas Air

Seorang wanita terkejut apabila menyedari bahawa air yang rasanya berbeza daripada biasa, rupanya adalah daripada sarang lipas.

rasa air beza dari biasa, rupanya ada sarang lipas dalam bekas air

Menerusi video yang tular di media sosial Indonesia, wanita itu pada mulanya merasakan air yang diambil dari sebuah mesin dispenser air mempunyai rasa aneh dan berbeza daripada kebiasaannya.

 

“Tapi rasanya berbeza dengan air botol jenama yang sama,” katanya.

 

Wanita itu lantas segera memeriksa bahagian dalam dispenser itu dan mendapati ia sudah menjadi sarang lipas.

 

@vevilavida konon katanya si mbak masih minum dari air kemasan #truestory #kisahnyata #kecoak #dispenser #PSA #fyp #foryoupage ♬ Oh No - Kreepa

 

Dapat dilihat lipas-lipas sedang merayap dan ada yang berenang dalam air. Tidak dapat dipastikan berapa lama lipas-lipas itu berada disitu.

 

Wanita itu kemudian membersihkan dispenser air itu untuk digunakan semula.

 

Video yang tular tu mendapat perhatian ramai menerusi komen. Ada yang berasa ngeri dan tidak dapat membayangkan bagaimana jika terminum air itu.

rasa air beza dari biasa, rupanya ada sarang lipas dalam bekas air

Sumber: Kosmo!