Demi Sushi Percuma, Ramai Terpaksa Hidup Dengan Nama ‘Salmon’ Seumur Hidup

Demi mendapatkan sushi percuma, sebilangan penduduk Taiwan bertindak menukar nama mereka dengan memasukkan perkataan ‘salmon’.

demi sushi percuma, ramai terpaksa hidup dengan nama ‘salmon’ seumur hidup

Menurut sebuah restoran yang dikenali sebagai Sushiro, mereka yang mempunyai perkataan ‘salmon’ pada nama mereka layak untuk mendapatkan sushi secara percuma tanpa had.

.

Manaka pelanggan yang mempunyai nama dengan bunyi yang hampir sama dengan salmon pula layak mendapat diskaun 50 peratus.

.

Sejak itu, ramai yang muka menukar nama mereka dengan sengaja memasukkan perkataan salmon semata-mata demi mendapatkan sushi percuma.

demi sushi percuma, ramai terpaksa hidup dengan nama ‘salmon’ seumur hidup

Ekoran itu, penggubal undang-undang Taiwan kini berdebat untuk meminda peraturan yang hanya membenarkan rakyat negara itu boleh menukar nama mereka sebanyak tiga kali sahaja. Ia bagi menangani insiden yang disebut sebagai ‘kekecohan salmon’.

.

Disebabkan undang-undang yang melarang mereka untuk menukar semula kepada nama asal, ramai yang terpaksa hidup dengan nama yang pelik seperti Handsom Salmon, Dancing Salmon atau Salmon Dream.

demi sushi percuma, ramai terpaksa hidup dengan nama ‘salmon’ seumur hidup

“Selepas insiden kekecohan salmon, beberapa individu yang sebelum ini sudah menukar nama mereka sebanyak tiga kali kini tiada cara lain untuk mengubah semula.

“Misalnya, seorang pelajar yang menukar namanya kepada Truong Salmon Dream mendapati ibu bapanya sebelum ini sudah dua kali menukar namanya ketika bayi, jadi dia tidak dapat mengubah semula.

“Sehingga peraturan dipinda, dia terpaksa hidup dengan nama Salmon Dream sepanjang hayatnya,” kata penggubal undang-undang.

.

Sumber: [1]