Gara-gara keengganan majikan memberikan cuti, lebih 20 pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat bertindak meletak jawatan beramai-ramai, lapor akhbar Daily Star baru-baru ini.
Insiden dipercayai berlaku selepas seorang pengurus menengking seorang pelatih yang memohon cuti bagi menjaga kucingnya yang nazak, sambil diperhatikan beberapa rakan sekerjanya
Pengurus berkenaan bertindak menengking dengan kuat dan didengari ramai pekerja, lalu menyebabkan lebih 20 pekerja yang juga tidak tahan berada disitu meletakkan jawatan beramairamai.
Menurut salah seorang pekerja disitu, beliau juga sudah tidak tahan untuk bekerja disitu lagi kerana sering memotong gaji pekerja meskipun mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Beberapa pekerja turut merancang berhenti kerja hingga hujung tahun namun insiden itu membuatkan mereka berasa hilang sabar untuk terus bertahan disitu.
“Lebih 20 pekerja kemudiannya menghantar email berhenti kerja yang kemudiannya disekat oleh pengurusan syarikat bagi mengelakkan lebih ramai lagi pekerja mengambil tindakan serupa,” kata lelaki tersebut.
Susulan insiden itu, pengurus terbabit bakal dikenakan tindakan disiplin dan berdepan dengan risiko kehilangan kerja.
Sumber: [1]