Rahang Terkehel Lepas Makan Burger, ‘‘Saya Dengar Bunyi Pop Yang Kuat..’’

Seorang wanita dari London mengalami kecederaan pada rahangnya selepas menikmati hidangan burger yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.

rahang terkehel lepas makan burger, ‘‘saya dengar bunyi pop yang kuat..’’

Menurut laporan, Holly Strevens, 34, terpaksa menjalani lima pembedahan dan memasang 18 skru pada bahagian kiri mulutnya selepas rahang terkehel ketika menikmati hidangan burger itu.

 

Wanita yang juga ibu kepada seorang anak didiagnos dengan sindrom temporomandibular joint (TMJ), iaitu gangguan pada otot dan saraf rahang yang disebabkan oleh kecederaan serta keradangan antara tulang rahang dan tengkorak.

rahang terkehel lepas makan burger, ‘‘saya dengar bunyi pop yang kuat..’’

“Saya berasa amat marah kerana hal ini berlaku, namun perkara itu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang membuka mulut terlalu luas ketika makan.

“Saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sehinggalah saya makan burger itu,” katanya.

 

Ketika kejadian, beliau sedang menikmati hidangan burger itu sambil menonton televisyen di rumah, namun tiba-tiba terdengar bunyi pop yang kuat.

 

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi pop yang kuat dan saya menyedari rahang kiri saya terkehel sehingga saya sukar menggerakkan mulut.

“Disebabkan itu, sehingga hari ini saya sukar mengunyah dan kesakitan yang melampau kadang kala menyebabkan saya terkena sawan,” ujarnya.

 

Sumber: [1]