Misteri 40 Ekor Lembu Mati Angkara Makhluk Bertaring?

Satu kejadian pelik berlaku di negeri Colorado selepas berpuluh-puluh bangkai lembu ditemui mati di sebuah kawasan pedalaman di negeri itu.

misteri 40 ekor lembu mati angkara makhluk bertaring?

Bangkai-bangkai itu ditemui dengan kesan dibunuh oleh makhluk misteri yang tidak meninggalkan sebarang jejak, namun ia mempunyai taring tajam.

 

Insiden misteri ini telah menyebabkan kira-kira 40 ekor lembu dan anak lembu ditemui mati dekat bandar Meeker, barat laut Colorado sejak dua bulan lalu.

 

Pada mulanya pihak berkuasa menyalahkan serigala sebagai punca kematian lembu-lembu ini, namun hasil pemeriksaan mendapati hanya lima daripada 40 ekor lembu mati menunjukkan kecederaan yang mempunyai kaitan dengan serangan serigala.

 

Seorang penternak menulis mengenai apa yang dia fikirkan mungkin telah berlaku.

 

“Senario paling mungkin adalah seperti berikut (iaitu) serangan haiwan bertaring yang jelas telah mencetuskan permulaan penyebab kematian yang masih tidak dapat disimpulkan,” tulis Klinglesmith.

 

Doktor haiwan, pegawai Taman Colorado dan Hidupan Liar serta pakar lain kini terus menyiasat punca kematian lembu-lembu tersebut yang sebahagian besarnya masih menjadi misteri.

 

Menurut Pengurus Taman Hidupan Liar Colorado dan Wilayah Barat Laut, Travis Blackdan Klinglesmith berkata lembu-lembu itu mungkin dijangkitj penyakit yang disebabkan oleh bakteria Clostridium.

 

Bagaimanapun keputusan patologi masih belum mengesahkan punca kematian lembu-lembu itu.

 

Sumber:RCT+