Pod Menegak Diperkenal Untuk Pekerja Tidur Berdiri Masa Waktu Bekerja

Tidur siang secara singkat, atau lebih dikenali sebagai power nap, telah dikenalpasti sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan tumpuan, kreativiti, dan kesegaran mental.

.

Jepun dikenali sebagai antara negara yang kuat bekerja. Bagaimanapun, mereka amat mementingkan kesihatan pekerja dengan menggalakkan tidur siang.

 

Disebabkan itu, sebuah syarikat di Jepun memperkenalkan pod menegak yang membolehkan pekerja untuk tidur sekejap dengan cara berdiri.

pod menegak diperkenal untuk pekerja tidur berdiri masa waktu bekerja

Dikenali sebagai Gireaffenap, pod menegak itu akan menjimatkan ruang pejabat atau restoran, dan amat mudah untuk dipasang.

pod menegak diperkenal untuk pekerja tidur berdiri masa waktu bekerja

Pengguna Gireaffenap hanya perlu duduk dan memasang penggera ketika menggunakan pod tidur ini. Ketinggian tempat duduk dalam pod tidur ini juga boleh diubah, selari dengan keselesaan pengguna.

pod menegak diperkenal untuk pekerja tidur berdiri masa waktu bekerja

Menariknya, pengguna yang berada di dalam pod tidur ini tidak dapat mendengar bunyi bising dari luar, sekaligus memudahkan mereka untuk tidur dengan nyenyak.

Dan sudah pasti, nama Gireaffenap diambil dengan melihat kepada posisi seekor zirafah tidur secara menegak.

pod menegak diperkenal untuk pekerja tidur berdiri masa waktu bekerja

Sumber: Oddity Central