Lembaga Mirip Pocong Asyik Lihat Dua Wanita Main Lato-Lato [Video]

Satu rakaman video menunjukkan lembaga mirip hantu pocong sedang asyik melihat dua wanita sedang bermain lato-lato, kini tular di laman Tiktok.

lembaga mirip pocong asyik lihat dua wanita main lato-lato [video]

Dalam video tersebut, dua orang wanita sedang asyik bermain permainan lato-lato, tanpa menyedari ada sesuatu sedang memerhatikan mereka.

 

Dalam keadaan gelap dan samar-samar, lembaga berwarna putih itu dilihat berada pada sebatang pokok di belakang kedua wanita berkenaan, tanpa mereka sedari akan kehadirannya.

 

@horor.rawon Si pocong tau aja yang cakep #pocong #penampakanpocong #pocongasli #latolato #fypage ♬ suara asli - Horor Rawon

 

Video itu menjadi tular di Tiktok hingga menarik perhatian seorang influencer Youtube, Ryan Kamisa.

 

Menurut Ryan, hantu pocong itu mungkin tertarik dengan permainan lato-lato kerana ia mengeluarkan bunyi nyaring ketika dimainkan.

Malah, Ryan turut menasihatkan orang ramai agar tidak bermain permainan lato-lato atau apa sahaja yang mengeluarkan bunyi bising kerana dikhuatiri akan menarik perhatian makhluk halus.

 

Sumber: Tiktok / Kosmo!