Penemuan Plastik Dalam Darah Manusia Mengejutkan Saintis

Satu penemuan yang pertama kali seumpamanya telah mengejutkan saintis-saintis di Belanda kerana merena mendedahkan menemui mikroplastik atau kepingan kecil plastik halus dalam darah manusia.

penemuan plastik dalam darah manusia mengejutkan saintis

Mikroplastik yang berukuran kurang 0.0007 milimeter itu ditemui selepas sampel darah daripada 22 penderma dewasa yang sihat diambil secara rawak dan dianalisis.

.

Daripada 22 sukarelawan itu, 17 daripadanya didapati mempunyai mikroplastik dalam darah mereka.

.

Ekoran penemuan itu, saintis meluahkan rasa bimbang memandangkan bahan itu kini didapati mampu berada dalam darah manusia.

.

Sebelum ini, mikroplastik pernah ditemui dalam otak, usus, plasenta bayi yang belum lahir dan juga najis orang dewasa serta bayi.

.

“Kajian kami adalah petunjuk pertama bahawa kita mempunyai zarah polimer di dalam darah kita,” kata penulis kajian tersebut, Profesor Dick Vethaak dari Universiti Vrije di Amsterdam.

.

Sebanyak lima jenis polimer diuji dalam darah iaitu polimetil metakrilat (PMMA), polipropilena (PP), polistirena (PS), polietilena (PE) dan polietilena tereftalat (PET).

penemuan plastik dalam darah manusia mengejutkan saintis

Hasil kajian juga mendapati, 50 peratus daripada sampel darah yang diambil mengandungi polyethylene terephthalate (PET) iaitu antara plastik yang paling lazim digunakan. PET biasanya digunakan secara meluas untuk pembungkusan makanan dan minuman.

.

Lebih membimbangkan, penyelidik turut menemui lebih daripada 3 bahan polimer dalam satu-satu sampel darah. Kesan daripada kewujudan plastik atau polimer dalam badan manusia boleh menyebabkan kematian sel dan tindak balas alahan pada manusia.

.

Kajian itu telah diterbitkan dalam jurnal Environment International.

penemuan plastik dalam darah manusia mengejutkan saintis

Sumber: [1]