Saintis Dakwa Piramid Tertua di Dunia Sebenarnya Ada Di Indonesia

Sekumpulan saintis mendakwa terdapat sebuah piramid yang dipercayai tertua di dunia tersembunyi di bawah Gunung Padang di Indonesia.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

Menurut laporan, tarikh pentarikhan radiokarbon terkini dikawasan itu mungkin merupakan struktur buatan manusia tertua yang diketahui.

 

Pakar juga percaya, piramid itu dibina sebelum bermula Zaman Ais terakhir, iaitu kira-kira 16,000 tahun yang lalu.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

Ia bermaksud piramid di Gunung Padang, Indonesia ini berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen di Mesir dan binaan batu terkenal England, Stonehenge.

 

Tambah lagi, terdapat lapisan pertama dan paling dalam piramid itu yang diukir daripada aliran lahar sejuk yang semulajadi di tapak berkenaan.

Kumpulan saintis percaya piramid itu diukir dari dalam teras gunung berkenaan kira-kira ribuan tahun lalu.

 

Penelitian dibuat pakar geologi dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia, Danny Hilman Natawidjaja juga mendapati Gunung Padang bukanlah bukit semulajadi, sebaliknya ia benar-benar piramid buatan manusia.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

Tambah lagi, penyelidik juga menemui struktur batu lava yang diperbuat daripada andesit iaitu sejenis batu igneus butiran halus pada teras piramid berkenaan.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

“Ruang paling dalam yang digelar sebagai Unit 4 pula berkemungkinan berasal dari bukit lahar semula jadi, sebelum dipahat dan kemudian diselubungi seni bina semasa Zaman Glasier terakhir antara 16,000 hingga 27,000 tahun lalu,” jelas laporan.

 

Sumber: Daily Mail / Utusan