Kalau korang suka cabut bulu hidung atau picit jerawat di sekitar segi tiga muka, ada baiknya jika korang hentikan tabiat itu bermula hari ni.
Korang tahu tak yang tabiat ni sebenarnya berbahaya! Ia kerana, kawasan yang dianggap sebagai segi tegi ‘kematian’ yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.
Oleh itu, bagi mengelakkan risiko tersebut, kaedah yang sebaiknya dilakukan ialah kaedah ‘trim’ yang menggunakan gunting khas sebagai langkah untuk korang merapikannya.
Bagi korang yang sering mengalami masalah jerawat tumbuh di sekitar kawasan segi tiga itu pula, elak daripada memicitnya dengan tangan. Sebaliknya, gunakan krim jerawat untuk merawatnya.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), para doktor pakar berjangkit di Universiti Johns Hopkins telah menyeru orang ramai supaya mengelak memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga ‘kematian’ di muka kerana ia mengakibatkan jangkitan di sekitar otak dan juga strok.
Bagaimanapun, ia sangat jarang berlaku kerana antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Tetapi, ia mampu terjadi sekiranya kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman itu atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Sumber: [1]