Petani Jepun Berjaya Cipta Buah Tembikai Tapi Rasa Limau

Biasanya, tembikai yang dijual di seluruh dunia mempunyai rasa yang manis, tetapi kali ini, sebuah syarikat di Jepun berjaya mencipta jenis tembikai yang berbeza dengan rasa manis dan masam seperti buah limau.

 

Menurut Oddity Central, syarikat Suntory Flowers mengambil masa lima tahun untuk mengkaji dan membiak tembikai unik ini supaya mempunyai rasa seperti limau.

petani jepun berjaya cipta buah tembikai tapi rasa limau

Mereka dilaporkan telah mencuba berulang kali dan membuat banyak kesilapan dalam proses lima tahun bagi menghasilkan buah tembikai unik ini.

 

Dalam tempoh itu, pakar dalam pencantuman melakukan pelbagai eksperimen, termasuk bagaimana cara menanam dan bila masa yang sesuai untuk menuai.

 

Akhirnya selepas lima tahun, mereka berjaya mencampurkan limau sebenar dengan tembikai, menghasilkan tembikai yang berjus dengan rasa masam yang sedikit, sangat sesuai dinikmati semasa musim panas.

petani jepun berjaya cipta buah tembikai tapi rasa limau

Tembikai ini masih kelihatan seperti tembikai biasa, tetapi kulitnya tidak mempunyai jalur. Isinya pula berwarna putih dan bentuknya serupa dengan tembikai Yubari. Teksturnya pula seperti buah pir yang lembut apabila tembikai sudah masak.

 

Pada masa ini, hanya terdapat lima petani di Hokkaido, Jepun yang menanam tembikai limau ini, dan mereka merancang untuk menanam kira-kira 3,800 pokok tembikai limau pada tahun ini.

Tembikai ini telah pun mula dijual di pasar raya Jepun dengan harga 3,220 yen (kira-kira RM102) setiap satu.

 

Dalam perkembangan lain, seorang petani di China mendakwa telah berjaya mencipta buah hibrid yang membolehkan orang menikmati rasa tembikai dan tembikai susu dengan seimbang.

 

Baca: Unik, Petani China Berjaya Cipta Buah Hibrid, Separuh Tembikai, Separuh Tembikai Susu!

 

Sumber: Oddity Central