Pesawat ‘Hari Kiamat’ AS Mampu Terbang Seminggu Penuh Tanpa Mendarat

Sebuah pesawat milik Amerika Syarikat (AS) yang digelar pesawat ‘hari kiamat’ (Doomsday plane) dilaporkan menjalani latihan penerbangan selama empat jam baru-baru ini.

pesawat ‘hari kiamat’ as mampu terbang seminggu penuh tanpa mendarat

Ia dikatakan susulan daripada ancaman oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang memaksa mereka menggunakan pesawat berkenaan bagi tujuan melindungi pegawai-pegawai tinggi kerajaan jika berlaku serangan nuklear.

 

Pesawat bernilai AS$200 juta (kira-kira RM838.5 juta) itu direka khas lengap dengan pusat arahan untuk presiden, pegawai-pegawai tingginya termasuk Setiausaha Pertahanan dan Ketua Turus Bersama, andai berlaku serangan nuklear atau kecemasan negara.

pesawat ‘hari kiamat’ as mampu terbang seminggu penuh tanpa mendarat

Pesawat itu juga dikatakan mampu terbang di udara selama seminggu penuh tanpa perlu mendarat.

 

Tapak pengesanan penerbangan tentera menunjukkan pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai berlepas dari pangkalan Tentera Udara AS di bandar Lincoln, negeri Nebraska pada petang Isnin lalu.

pesawat ‘hari kiamat’ as mampu terbang seminggu penuh tanpa mendarat

AS bagaimanapun enggan mengulas lanut mengenai tujuan latihan penerbangan pesawat Boeing E-4 itu.

 

Sumber: [1]