Tergamak Pesakit Ini Matikan Mesin Oksigen Rakan Sebiliknya

Seorang wanita berusia 72 tahun ditahan selepas dia dengan sengaja mematikan mesin ventilator rakan sebilik hospitalnya.

tergamak pesakit ini matikan mesin oksigen rakan sebiliknya

Ia dilakukan kerana dia berasa marah dengan bunyi yang dikeluarkan oleh alat bantuan pernafasan tersebut yang menggangunya sepanjang berada dalam bilik tersebut.

 

Kejadian yang berlaku di Jerman selepas warga emas itu mematikan mesin ventilator rakan sebiliknya sebanyak dua kali, meskipun sudah diberitahu bahawa mesin itu penting untuk kegunaan pesakit.

 

Pesakit wanita yang juga rakan sebiliknya itu terpaksa bergantung hidup kepada bekalan oksigen, namun disebabkan bunyi bising oleh mesin ventilator menyebabkan wanita itu mematikannya dengan sengaja.

 

Akibat daripada tindakan itu, wanita tersebut dihukum penjara atas cubaan membunuh. Suspek telah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

 

Mesin ventilator merupakan alat penting yang digunakan bagi tujuan mengepam oksigen ke dalam paru-paru pesakit. Kebiasaannya, ia akan mengeluarkan bunyi yang agak bising semasa prosesnya sedang berjalan.

 

Sumber: Kosmo!