Pesakit Jalan ‘Tembus’ Pintu Hospital Rupanya Dah Meninggal Semalam

Seorang kakitangan sebuah hospital berdepan dengan detik menyeramkan apabila melihat seorang pesakit berjalan menembusi pintu hospital, sebelum diberitahu pesakit itu sudah pun meninggal dunia sehari sebelumnya.

pesakit jalan ‘tembus’ pintu hospital rupanya dah meninggal semalam

Kejadian yang berlaku di Hospital Finochietto Sanatorium di Buenos Aires, Argentina sekitar jam 3.36 pagi, 11 November dan berjaya dirakam CCTV.

 

Menerusi CCTV, pengawal keselamatan hospital terbabit dilihat mengalu-alukan seorang pesakit wanita tua dan membawanya ke pejabat doktor untuk janji temu.

pesakit jalan ‘tembus’ pintu hospital rupanya dah meninggal semalam

Pengawal keselamatan itu turut diilihat berborak dengan ‘pesakit’ itu dan menawarkannya kerusi roda. ‘Pesakit’ itu bagaimanapun menolak dan masuk ke pejabat dengan berjalan.

 

Selepas beberapa jam menegur ‘pesakit’ itu, penyambut tetamu yang berada di kaunter hospital bangun dan memeriksa ke mana wanita itu pergi. Doktor bagaimanapun berkata pesakit itu telahpun meninggal dunia pada hari sebelumnya selepas melihat kepada butiran yang diberikan.

pesakit jalan ‘tembus’ pintu hospital rupanya dah meninggal semalam

Kejadian ini tular di media sosial tempatan dan ramai meluahkan rasa takut dan seram. Bagaimanapun pihak hospital masih menjalankan siasatan menerusi rakaman CCTV mereka.

 

Sumber: Kosmo!