Puak Ini Cari Lelaki Paling Buncit Dalam Acara Tahunan Mereka

Satu acara tahunan yang dianjurkan puak Bodi, iaitu salah satu puak di Afrika, mencari pemenang yang mempunyai perut paling buncit.

puak ini cari lelaki paling buncit dalam acara tahunan mereka

Masalah perut buncit lazimnya terjadi disebabkan pengumpulan sejenis lemak degil pada organ sekitar perut dan abdomen seseorang.

 

Meskipun ia dikaitkan dengan impak negatif pada kesihatan, puak Bodi yang tinggal di Lembah Omo dekat selatan Ethiopia menganggap perut buncit adalah sesuatu yang mengagumkan dan menarik.

puak ini cari lelaki paling buncit dalam acara tahunan mereka

Festival tahunan yang disebut sebagai Ka’el, menghimpunkan lelaki dengan perut paling buncit, sebelum anugerah ‘Lelaki paling gemuk’ bagi tahu itu diberikan kepada pemenang.

 

Untuk membolehkan seseorang itu memasuki pertandingan ini, lelaki daripada puak itu akan menggemukkan diri dengan memakan makanan berasaskan lembu seperti susu, yogurt, darah mentah, serta madu haiwan, beberapa bulan sebelum pertandingan dilangsungkan.

puak ini cari lelaki paling buncit dalam acara tahunan mereka

Disebabkan lembut dianggap suci dalam puak ini, maka haiwan itu tidak akan dikorbankan, sebaliknya darah lembu dikumpul daripada uratnya terus kedalam bekas, kemudian luka pada lembu akan ditutup dengan lumpur atau tanah liat.

 

Ketika kebanyakkan ahli lelaki puak ini mempunyai tubuh badan yang sasa, mereka yang sanggup menggemukkan diri bagi upacara ini adalah tanda pengorbanan mereka bagi mendapatkan penghormatan sesama suku mereka sendiri.

puak ini cari lelaki paling buncit dalam acara tahunan mereka

Upacara Ka’el biasanya diadakan sekitar Jun atau Julai setiap tahun. Peserta akan melumurkan diri mereka dengan debu, sambil menayangkan perut buncit mereka kepada orang ramai. Mereka yang mempunyai perut paling buncit akan dinobatkan sebagai pemenang.

 

Menariknya, selepas selesai upcara Ka’el ini, mereka akan kembali menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kepada saiz normal dalam masa beberapa minggu sahaja.

 

Sumber: Oddity Central