Lepas Rompak, Lelaki Ajak Mangsa Dating, “Awak Terlalu Cantik Untuk Disamun..”

Seorang lelaki yang ditahan selepas melakukan rompakan bersenjata di sebuah kediaman dekat Indianapolis, Amerika Syarikat, sempat mengajak mangsa keluar ‘dating’, selepas sahaja menambahnya sebagai kenalan di Facebook.

lepas rompak, lelaki ajak mangsa dating, “awak terlalu cantik untuk disamun..”

Kejadian itu terjadi kepada wanita bernama Amber Beraun yang terlebih dahulu cuba dirompak oleh Damien Boyce, menggunakan pistol.

 

Hasil rompakan bersenjata itu menyebabkan Amber Beraun mengalami kerugian sebanyak AS$100.

 

Selepas disamun, lelaki itu dikatakan meminta wanita berkenaan mencari profil Facebooknya dan menambahnya sebagai kenalan.

 

Boyce kemudian memberitahu Amber bahawa dia akan menggantikan wang wanita itu sebelum melarikan diri dengan basikal. Amber kemudian menerima mesej Facebook daripada Boyce, yang memberitahu mahu berjumpa dengannya.

 

"Lihat saya akan membayar kembali wang anda, ia adalah cara untuk bertemu tetapi anda terlalu cantik untuk disamun," kata satu daripada mesej Boyce.

 

Bagaimanapun tindakan Boyce mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa atas kesalahan rompakan bersenjata. Boyce juga didakwa atas kesalahan memiliki pistol dan menyebabkan kecederaan kerana menembak dua individu selain memukul seorang lagi dengan batu dalam kejadian berbeza.

 

"Dia (Boyce) benar-benar cuba merompak barang-barang saya sendiri, tetapi dia menghilangkan rasa selamat saya dari rumah saya sendiri," kata Beraun kepada WRTV.

 

Sumber: Astro AWANI / Bernama