Tetamu Kenduri Kahwin Terima Cenderahati Sesi Berenang Percuma

Kebiasaannya, tetamu yang hadir ke sesebuah majlis perkahwinan akan diberikan doorgift seperti makanan, snek ringan, bunga telur mahupun kek kecil sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

 

Namun lain pula kisahnya pada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan di Indonesia ini kerana mereka menerima hadiah sesi berenang sebagai cenderahati perkahwinan.

tetamu kenduri kahwin terima cenderahati sesi berenang percuma

“Majlis perkahwinan bukan diberi doorgift berupa barangan, tetapi berenang secara percuma,” menurut hantaran video yang tular itu.

 

Dalam video itu, kelihatan sebuah pelamin di tepi sebuah kolam renang dengan tetamu memenuhi ruangan itu untuk bersalam-salaman bersama pengantin.

 

Namun pada sudut berbeza, kelihatan beberapa pengunjung sedang berenang di kolam renang itu dengan penuh gembira.

 

@ayou_05

##fypシ ##fyp

♬ DJ bhima ard - YT:DJ Bhima Ard

 

Video yang tular itu juga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

 

“Adakah tetamu yang hadir dapat berenang dan makan secara percuma juga?,” soal seorang netizen.

“Bagus juga diberi berenang secara percuma kerana pengantin tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk membeli cenderahati,” komen seorang netizen lain.

 

 

Sumber: [1]