Tindakan seorang penyanyi dangdut Indonesia, Lesty Kejora yang secara tidak sengaja meluahkan kekecewaan kerana anak sulungnya tidak setampan suami, Rizky Billar, nyata mengudang kecaman ramai.
Menurut laporan, kata-kata itu diluahkan ketika artis komedi Indonesia, Sule dan isterinya datang melawat anak pasangan itu.
Lesty kemudiannya berkata anaknya, Muhammad Leslar lebih mirip dengan dirinya, namun dianggap biasa dan tidak setampan suaminya.
“Biasa orang mencari pasangan untuk mendapat keturunan baik, ternyata anak saya lebih mengikut genetik saya berbanding bapanya,” kata Lesty.
Kenyataan itu kemudian dibantah Sule dan isteri sambil berkata wanita itu juga cantik serta anaknya juga comel tanpa mengira mirip sesiapa.
Bagaimanapun kenyataan Lesty telah mendapat kecaman netizen dan menganggap wanita itu seperti tidak bersyukur dan kufur nikmat.
“Ada juga manusia seperti ini, sudah diberi rezeki anak tetapi tidak bersyukur malah, kecewa kerana anak tidak tampan,” tulis seorang pengguna media sosial.
Sumber: [1]