Penumpang Kini Boleh Makan Tiket Ketika Guna Pengangkutan Awam Di Jerman

Dalam usaha menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan pengangkutan awam, Jerman telah memperkenalkan tiket yang boleh dimakan dengan selamat.

penumpang kini boleh makan tiket ketika guna pengangkutan awam di jerman

Pengendali pengangkutan awam Jerman itu telah memperkenalkan tiket yang boleh dimakan yang diperbuat daripada minyak pokok rami.

penumpang kini boleh makan tiket ketika guna pengangkutan awam di jerman

Daun pokok rami dikatakan mampu memberi kesan tenang kepada penggunanya, namun tidak memberi kesan mengkhayalkan seperti ganja.

 

Menurut BVG, usaha memperkenalkan tiket yang boleh dimakan itu bukan sahaja menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam, malah bagi ‘mengurangkan tekanan pengguna pengangkutan awam’ ketika mereka menaiki perkhidmatan tersebut, sama ada untuk ke tempat kerja, mahu pun beriadah.

penumpang kini boleh makan tiket ketika guna pengangkutan awam di jerman

“Seperti yang kita tahu, keadaan menjelang perayaan Krismas merupakan waktu paling sibuk, menyaksikan perkhidmatan tren dan bas sentiasa penuh.

“Sehubungan itu, kami mendapat idea untuk mengurangkan tekanan itu dengan menghasilkan tiket boleh dimakan yang dapat memberi kesan melegakan,” katanya.

 

Tiket untuk menaiki pengangkutan awam itu telah mula dijual dengan harga 8.80 Euro (kira-kira RM42) dan boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Pengguna juga hanya dibenarkan untuk makan tiket itu sebaik mereka tiba ke destinasi masing-masing.

 

Sumber: [1]