Lebih 16 Ribu Kilometer, Inilah Dia Penghantaran Piza Paling Jauh Di Dunia!

Kali ini Syok ingin berkongsi dengan anda mengenai Lucy Clough, seorang wanita yang digelar penghantar pizza paling berdedikasi di dunia.

lebih 16 ribu kilometer, inilah dia penghantaran piza paling jauh di dunia!
 
Pada 19 November 2004, Lucy menempuh perjalanan lebih kurang 10,496 batu bersamaan 16,891 kilometer, dari London, England ke Melbourne, Australia hanya untuk menghantar pizza!
 
Pesanan tersebut dibuat oleh bintang TV Australia iaitu Ryan Maloney yang popular menerusi karakter Toadfish dalam drama lipur lara, Neighbours.
 
Maloney meminta pizza vegetarian untuk dihantar ke Melbourne.
 
Perjalanan  yang memakan masa selama 30 jam itu kemudiannya melayakkan Lucy memecah rekod penghantaran pizza terpanjang menerusi Guinness World Records sekali gus memecah rekod rasmi Guinness sebelumnya iaitu sejauh 11, 041 kilometer yang dicipta pada 2001.
 
Penghantaran jarak jauh terbabit juga merupakan sebahagian daripada usaha mengumpulkan dana untuk Make-A-Wish Foundation UK, sebuah badan amal yang memberikan harapan kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun yang menghidap penyakit mengancam nyawa.
 
Menariknya lagi, hingga hari ini, rekod tersebut masih belum dipecahkan oleh sesiapa lagi.

 
Sumber: CBC